SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah ditubuhkan oleh Hock Leong Temple Bachang, Melaka pada 16 Julai 1936 dengan hanya bangunan rumah atap. Dalam tahun 1952, sekolah ini dibina semula menjadi sekolah beratap genting. Pendaftaran bertambah melebihi 200. Sebuah bilik darjah telah ditambah pada tahun 1957. Pada tahun 1958, sekolah ini menjadi sekolah bantuan penuh (Jenis Kebangsaan). Sejak 1982, sekolah ini mengalami banyak perubahan. Diantaranya termasuk pembinaan pondok basikal atau kereta, pembinaan koridor beratap genting, memperluaskan dan membesarkan kantin serta pejabat guru, membina bilik Pusat Sumber, meratakan padang sekolah dan menambahkan kelengkapan sekolah. Pada tahun 1991, sekolah ini telah membeli sebidang tanah untuk tapak sekolah baru yang terletak di Jalan Lorong Pandan, Melaka. Akhirnya tahun 1994, pihak sekolah telah membuka tawaran kepada Kontraktor yang berminat untuk pembinaan sebuah sekolah baru. Pada Februari 1995, kontrak pembinaan sebuah sekolah baru yang mengandungi sebuah dewan, sebuah kantin dan sebuah bangunan 4 tingkat, 20 buah bilik darjah lengkap dengan tandas telah diberi kepada Syarikat Zulgan dengan harga tender RM 1.36 juta. Pada bulan Februari 1996, sekolah baru yang terletak di Lot 1516, Jalan Lorong Pandan (luasnya 0.8486 Ha) telah siap dibina. Proses untuk pindah sekolah adalah pada 1 Jun 1996.


VISI SEKOLAH

Berusaha kearah kegemilangan pendidikan, kemuliaan akhlak serta memelihara keseimbangan insan


MISI SEKOLAH

Menuju kegemilangan dalam:-

* Pengurusan dan Pentadbiran 

* Permuafakatan dan Persefahaman 

* Kasih Sayang dan Kesungguhan 



     LENCANA SEKOLAH



    Kuning - Kerajinan
    Putih - Kejujuran
    Merah - Keberanian
    Biru - Kasih Sayang dan Perhatian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan