Rabu, 19 November 2014

HARI KANTIN SEKOLAH 2014

Pada 14 November 2014, PIBG SJKC Bachang dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Hari Kantin bagi tahun 2014. Aktiviti yang julung-julung kali diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Objektif utama program adalah untuk menambah dana dan tabungan PIBG bagi kegunaan aktiviti sekolah pada masa akan datang.

Gerai Buah-buahan
Gerai Makanan Ringan
Gerai Makanan Berat
Gerai Masakan Melayu
Gerai Menjual Cupcake
Guru bersama Pengerusi & Naib Pengerusi PIBG


HARI INOVASI SEKOLAH

Hari Inovasi merupakan satu program untuk melahirkan idea kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. Program ini memberi peluang kepada murid-murid bagi mencetus idea-idea baru secara kreatif sekaligus merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program ini telah berlangsung pada 7hb November 2014 iaitu pada hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari di Bilik Sains SJKC Bachang.

 Hasil karya pelajar yang dinilai oleh guru...


             
Pelajar bergambar bersama hasil ciptaan mereka...


           

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 4hb November 2014, Selasa bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 tengah hari.

 Pelbagai program telah dijalankan pada hari tersebut. Antaranya ialah Persembahan Tarian dari Kelab Tarian Sekolah, Persembahan Silat Mata, Persembahan Wushu, Persembahan Nyanyian, Persembahan Taekwondo, Persembahan Fashion Show dan Penyampaian Hadiah.

Persembahan oleh pelajar-pelajar...


Barisan pelajar yang mendapat Sijil &Trofi...