Ahad, 4 Oktober 2015

Penutupan Sekolah Berikutan Bencana Jerebu

Semua sekolah di Melaka akan ditutup pada 5 hingga 6 oktober berikutan Bencana jerebu yg melanda negara kita


Rabu, 27 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Pada 18 Mei 2015, sekolah telah mengadakan sambutan hari guru bertempat di SJKC Bachang. Pelbagai aktiviti sukaneka telah dijalankan di padang sekolah yang melibatkan semua guru dan murid. Sambutan ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Tema Guru pada tahun ini adalah "Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak".

Membawa Bola Ping Pong dalam sudu
Permainan Bola Keranjang
Permainan Sepak Takraw
Acara Boling
Permainan Hoki
 Permainan Bola Sepak


Selasa, 7 April 2015

KEM MOTIVASI JATI DIRI TAHUN 6

Pada 27 & 28 Mac 2015 satu kem motivasi jati diri telah dijalankan oleh pihak sekolah bertempat di SJKC Bachang. Kem ini melibatkan semua guru, ibubapa serta pelajar-pelajar tahun 6 yang terdiri daripada 4 kelas. Kem ini bertujuan untuk membina jati diri pelajar-pelajar supaya lebih yakin & bersemangat untuk menjawab soalan UPSR pada tahun ini.

Pendaftaran Pelajar
Pembahagian Kumpulan
 
Teknik Menjawab Soalan 
     

Aktiviti 'Coach Ball'

Pelancaran 'Fire Camp'

Jumaat, 6 Mac 2015

PENGESAHAN PENDAFTARAN MURID KE TAHUN 1 SESI 2016

HARI : Isnin hingga Jumaat ( kecuali cuti am )
MASA : 8.00 pagi – 4.30 petang
TEMPAT : Pejabat Sekolah

Kelahiran pada  : 02.01. 2009 hingga 01.01.2010 (Sesi persekolahan 2016)
Sila bawa bersama :   1. Surat Beranak Asal Kanak – kanak
                     



Jumaat, 27 Februari 2015

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Pada 17 Februari 2015, sekolah telah mengadakan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bertempat di Dewan SJKC Bachang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah persembahan Tarian Naga yang dijemput khas dari Persatuan Tarian Singa & Naga Wen Wei . Sambutan ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Ucapan dari Guru Besar
Persembahan Tarian Naga
 

Persembahan Pelajar 
Persembahan Pelajar
Persembahan Pelajar
Persembahan Pelajar



Selasa, 17 Februari 2015

PENGAGIHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015 telah diagihkan pada 19 Januari 2015 iaitu pada hari Isnin bertempat di Bilik Darjah Tahun 1-6. Pengagihan tersebut diadakan pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang.




                
        

INFO TERKINI : 

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Bagi Tahun 2015

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU SESI 2015

Pada 30 Disember 2014 orientasi pelajar tahun 1 telah dijalankan. Semua warga SJKC Bachang terdiri daripada Pentadbir,Guru-guru dan kakitangan sekolah sangat mengalu-alukan kehadiran semua pelajar. Diharap semua pelajar dan ibubapa berpuas hati dengan segala layanan dan perkhidmatan di sekolah ini.